Saturday, June 19, 2010

nasi lemak kukus..

0
assalammualaikum...
hari nie aku nk letak aktiviti masak aku... he..he.. dah lama tak letakkan...
actually aku dah lama teringin nk makan nasi lemak kukus n ayam goreng, kat labuan ni ader jual tp adoiii skit sangat nasi dia.. n ayam dia pun kecik.. punca aku nk nasi nie bukanlah aku mengidam.. cumer aku terliur tgk warung kita.. farouk tu makan kat ulu kelang tu adoii sedap nyerr... pastu gigihlah aku carik dalam internet.. sebelum2 ni mmg selalu gak buat nasi lemak tp yg jenis biasalah bukan kukus...
dah dapat resepi nnt lah last sekali aku tempek resepi erk.. ni pun aku amik dari blog ni http://resepiraidah.blogspot.com time kasihlah tuan punyer blog skang aku plak share ngan korang.. cuberlahh mmg sedap.. sambal pun aku ikut kat resepi ni.

Bahan-bahan:

5 cawan beras ( atau secukupnya )
Santan pekat ~ secukupnya
3 helai daun pandan
1 inci halia ~ dihiris
Garam secukup rasa
Sedikit gula ( secubit )

Cara penyediaan:
1. Basuh dan rendam beras selama lebih kurang 2-3 jam.
2. Didihkan air dalam pengukus. Kukus beras selama 20 minit atau beras separuh masak(kelihatan kering).
3. Keluarkan beras dari pengukus dan rendam dengan air sehingga air rendaman itu sejuk.
4. Setelah itu kukus semula beras tadi lebih kurang 10 minit.
5. Keluarkan beras tadi dan gaul bersama santan yang telah dicampur garam dan gula serta hirisan halia.
6. Biar seketika atau 10 minit supaya santan menyerap masuk ke dalam beras.
7. Akhir sekali, kukus sekali lagi nasi bersama daun pandan hingga nasi masak, kelihatan berderai dan cantik.


actually aku copy paste jer dari blog ni

e maap yer tuan blog maleh nk taip...

ok ni hasil yg aku buat....

takde timun sbb org2 kat umah ni tak makan sayur...

nasi dia... oklah berderai

sambal..

ayam goreng.. aku guna chicken wing jer sbb kat umah ni ramai peminat chicken wing

ni dia mmg tak sabar.. org baru hidang dia dah amik ayam dulu.. macam upin ipin plak

ok jap lagi aku masukkan n3 lainlak.. dah maghrib dah..

No Response to "nasi lemak kukus.."

Post a Comment